Thursday 29 December 2016

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2017



19 Januari
Khamis (Tahun Baru Cina 28, 29 Januari)

 23 Februari
Khamis

 23 Mac
Khamis

 25 April
Selasa


 25 Mei
Khamis

 15 Jun
Khamis (Hari Raya Aidilfitri 25, 26 Julai)

 25 Julai
Selasa

 24 Ogos
Khamis

 25 September
Isnin

 11 Oktober
Rabu (Hari Deepavali 28 Oktober)

 23 November
Khamis

 21 Disember
Khamis (Hari Krismas 25 Disember)

KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI BANJIR

Musim tengkujuh adalah sesuatu yang kita akan lalui setiap kali hujung tahun atau awal tahun, Kita mendegar kejadian banjir yang berlaku di merata tempat di dalam negara, yang mana memberi kesan yang besar kepada kehidupan manusia seperti kehilangan nyawa, kerosakan harta benda yang besar dan kemusnahan tempat kediaman. Tentunya kita masih belum dapat dilupakan, bagaimana  banjir besar pada tahun 2014 yang melibatkan beberapa negeri seperti kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu dengan kerosakan harta benda yang agak besar, dan menjejaskan hampir dua ratus ribu orang penduduk.


kejadian bencana tidak boleh dipandang ringan

Kedudukan Malaysia terletak dalam kawasan  khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musim monsun timur laut. Iklim Malaysia adalah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai kadar kelembapan yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.
Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua jenis monsun iaitu Monsun Barat Daya dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan Oktober ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering.
Banjir merupakan suatu yang sinonim dengan negara kita, Malaysia. Kebiasaannya, negara ini akan dilanda banjir pada musim tengkujuh, iaitu sekitar bulan November dan berakhir pada bulan Mac tahun berikutnya kerana dalam tempoh ini negara berada dalam musim monsun timur laut.
Selain banjir yang biasa berlaku pada musim tengkujuh, terdapat satu lagi jenis banjir yang sering melanda negara ini tanpa mengira musim atau bulan, iaitu yang kita panggil banjir kilat, yang sering berlaku dikawasan kediaman yang berhampiran dengan sistem saliran seperti anak sungai atau perparitan.
Faktor yang terjadi banjir kilat adalah akibat hujan lebat yang berterusan, dan apabila sistem saliran air tidak dapat menampung air yang banyak, kerana saliran yang tersumbat dengan sampah  sarat dan rumput rumpai, maka akan berlakulah limpahan ke kawasan kediaman dan kediaman dimasuki air.
Pembangunan pesat sesuatu kawasan juga menjadi punca banjir kilat, seperti kawasan - kawasan tanah rendah yang ditebus guna, anak - anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bagunan.
Pemusnahan hutan menyebabkan hujan yang turun tidak diserap oleh tumbuhan, dan air ini terus menuju ke sungai dengan begitu banyak, menyebabkan sungai tidak mampu menampung jumlah air dan melimpah ke tebing sungai.
Faktor lain adalah hakisan sungai, yang disebabkan oleh faktor semula jadi dan faktor sisa domestik, seperti sampah sarat yang dibuang ke dalam sungai, lama kelamaan menyebabkan sungai menjadi cetek, dan akibatnya apabila hujan lebat melanda maka akan menyebabkan  sungai tidak dapat menampung jumlah air sungai yang bertambah, ini menyebabkan berlaku limpahan air sungai, dan berlakulah banjir.
Banjir kilat juga boleh berlaku kerana kekurangan sistem perparitan yang dibina atau ianya dibina terlalu kecil dan cetek, tidak sepadan dengan jumlah air yang perlu ditampung menyebabkan air melimpah keluar dan bertakung di kawasan rendah.
 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, Negeri, dan Daerah selaku pihak yang bertanggungjawab dalam hal pengurusan bencana, yang mana jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan atau bukan kerajaan, telah merancang hal berkaitan persiapan menghadapi bencana alam, tugas - tugas menyelamat semasa bencana, dan bantuan - bantuan kepada mangsa semasa dan selepas bencana,
Dengan berpegang kepada konsep SEBELUM, SEMASA, DAN SELEPAS  kejadian banjir; jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam memastikan rakyat berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi banjir.
Agensi penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan lain - lain agensi berkaitan sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berlaku banjir atau bencana akibat daripada hujan yang lebat.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selaku sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah bertanggungjawab mengkoordinasikan dan menyelaras dari segi persiapan menghadapi bencana, tugas operasi menyelamat agensi penyelamat, pengurusan pusat pemindahan, pelaporan kejadian bencana bagi memastikan tindakan yang proaktif dan pantas dapat dilakukan semasa bencana, dan pelaporan bantuan bencana dan agihan bantuan kerajaan kepada mangsa yang terlibat.
Memohon kepada semua dan kita selaku rakyat Malaysia, tidak seharusnya mengambil mudah atau bersikap endah - tak indah. Kita sepatutnya mengambil tanggungjawab ini bersama dan tidak hanya menyerahkan kepada kerajaan semata - mata dalam menguruskan nya tanpa kita turut menyokongnya.

Berpindah segera jika berlaku banjir

Beberapa langkah persiapan boleh kita sebagai rakyat ambil bila berlaku bencana di kawasan kediaman kita, Persedian kita di masa musim tengkujuh yang boleh kita ambik adalah seperti berikut:

SEBELUM BANJIR BERLAKU
1.      Dapatkan maklumat terkini tentang banjir di tempat tinggal kita.
2.      Menyimpan dokumen penting seperti surat beranak atau kad pengenalan diri dan ahli keluarga dalam bag yang selamat dan mudah dicapai apabila diarahkan atau perlu berpindah, kerana kad pengenalan diri amat penting apabila kita perlu mendaftarkan diri di pusat pemindahan.
3.      Kita hendaklah peka dengan sistem amaran banjir atau hebahan semasa yang disampaikan  melalui radio, sosial media & online, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
4.      Siapkan ubat - ubatan yang perlu diambil secara berjadual di dalam satu bekas yang kalis air.
5.      Pastikan di mana Pusat Pemindahan di kawasan kita yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa supaya mudah mengambil tindakan bila di arahkan.
6.      Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya di rumah bimbang jika kita terperangkap akibat banjir yang mengejut.
7.      Bersama memeriksa saluran air/ parit berhampiran kediaman kita kita tersekat.
8.      Menyimpan peralatan elektrik di tempat tinggi.
9.      Memberi tahu jiran kita dan bersedia untuk berpindah bersama.

Apabila berlaku banjir maka hendaklah kita mengambil langkah - langkah berikut iaitu:
SEMASA BANJIR BERLAKU
1.                  Apabila menerima arahan berpindah, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan tanpa ragu - ragu kemi keselamatan diri dan ahli keluarga.
2.         Berpindah awal sebelum banjir bertambah teruk atau pada waktu siang adalah langkah yang amat baik kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3.         Berpindah ke tempat tinggi, jauh dari kawasan lapang, sungai dan longkang.
4.         Jangan menyentuh kabel - kabel elektrik yang terjatuh dalam air banjir.
5.         Mengawasi anak - anak dari bermain air banjir
6.         Mematikan sumber elektrik dan gas di rumah jika air telah masuk dalam rumah atau kita berpindah ke pusat pemindahan.
7.         Jika kita berpindah kerumah saudara mara hendaklah kita memaklumkan kepada ketua kampung atau ketua komuniti tempat tinggal kita.
8. Jika kita berpindah sendiri ke pusat pemindahan hendaklah kita pastikan laluan yang selamat dan elakkan dari melalui laluan yang kita tidak biasa.

9.  Elakkan dari menggunakan air banjir bagi urusan harian untuk mengelak dari terkena sebarang wabak penyakit.
10. Segera mendapatkan rawatan kesihatan di pusat - pusat kesihatan yang disediakan oleh kerajaan semasa bencana banjir di jika kita atau ahli keluarga dijangkiti wabak penyakit cirit birit atau sebagainya.
            Kita tidak boleh mengambil mudah tentang apa - apa perkara berkaitan dengan bencana kerana dengan perubahan iklim dunia yang tidak menentu ini, bencana banjir juga boleh berlaku diluar jangkaan kita atau yang biasa kita hadapi di tahun - tahun sebelumnya.
            Kegagalan kita mengambil langkah - langkah segera akan merisikokan diri kita dan ahli keluarga.

SELEPAS BERLAKUNYA BANJIR
Selepas berlaku banjir kita juga harus peka kepada beberapa perkara seperti:
1.                  Mendengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali sebelum dibenarkan
2.                  Periksa rumah anda jika terdapat rekahan dan tanda - tanda bahaya.
3.                  Berhati - hati dengan binatang berbahaya yang mungkin terdapat di dalam timbunan sisa banjir.
4.                  Memeriksa perkakasan elektrik dan pendawaian mungkin telah tenggelam dalam banjir.
5.                  Buangkan makanan yang telah ditenggelami banjir.
6.                  Periksa kerosakan pada tangki septik untuk elak bahaya biologikal
7.                  Melaporkan segera sebarang kerosakan kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
            Pengetahuan dan ilmu dalam persiapan menghadapi banjir ini dapat kita diperolehi melalui agensi - agensi berkaitan seperti dari APM, Bomba dan lain - lain agensi yang berkaitan, pihak ketua kampung atau komuniti boleh memohon untuk mengadakan sesi penerangan atau latihan kepada penduduk secara berkala dalam kampung atau komuniti sendiri, dan kerjasama penduduk dalam menjayakan nya amat diperlukan.
            Musim tengkujuh ini adalah sesuatu yang biasa kita hadapi setiap tahun, walau bagaimanapun kita tidak boleh mengambil mudah dan tidak endah terhadap perkara ini. Jadilah rakyat yang prihatin.


            Sikap prihatin semua terhadap bencana banjir sangant diperlukan bagi mengurangkan kesan / impak sesuatu bencana kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Thursday 21 January 2016

El Niño

El Nino adalah fenomena alam, iaitu peningkatan suhu muka laut di sekitar Pasifik Tengah dan Timur sepanjang ekuator dari nilai rata-ratanya dan secara fizik  El Nino tidak dapat dilihatEl Nino berasal dari bahasa Spanyol yang berarti “anak lelaki”. pada abad ke-19 nelayan Peru menyadari terjadinya keadaan yang menaikan suhu lautan yang luar biasa di wilayah pantai Amerika Selatan, di kawasa Ekuador dan hingga perairan Peru. Hal ini terjadi di sekitar musim hujung tahun  setiap tahun.  Lautan Pasifik sentiasa ditiupi angin timur dari  angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur - sebelah Peru dan Chile - menuju ke barat lautan Pasifik,menuju ke pantai Australia dan kepulauan Filipina.
Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.
Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ia menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.


JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2016 PENJAWAT AWAM